Banjir kilat yang melanda Kampung Simpok Siburan pada Khamis malam adalah yang terburuk sejak 20 tahun lalu.<br /><br />Hujan lebat berterusan selama lima jam mengakibatkan paras air sungai berhampiran meningkat mendadak sehingga dua meter.<br /><br />Keadaan memaksa sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di buka di SK St Peter bagi menempatkan 158 mangsa yang teruk terjejas.